7 February 2013

Prosperous Feb: Si Jantungs Hati

Assalamualaikum. Annyeong.

Ada budak tu happy bukan kepalang. Apa ndak, bantal yang dia selalu bawa berebut sama aku sekarang sudah jadi hak mutlak dia. Macam orang kurang akal kau Bie, sama kucing kau boleh berebut bantal ah.

Now kalau Cheeloh @ Debab mau baring di tengah kah, hujung kah, di atas kah...ndak da sudah yang menghalau. Ndak da sudah yang akan angkat & pindah dia tempat lain. Aku pun jadi makin aman. Ndak da lah tiba2 aku sesak nafas tengah malam sebab budak tu baring betul2 atas muka aku. Ndak lah aku terkejut & terbangun just because budak tu keluar kuku; tolak aku sehabis kudrat. Pastu siap kasi signal aku supaya bagi ruang untuk dia baring juga. Mau sharing tapi melebih2 tu perangai. Hampas! 

Alang2 aku pigi 1B kasi puas nafsu yang kebulur cheese cake...coincidentally Parkson pula buat sale; aku pun ambil peluang melebur duit. This is what I called a wise investment. Ala untuk 'malam tanpa gangguan budak debab', pelaburan macam ni memang pulangan beribu nikmat ok! 

*dusyum* Muka proud gila dapat bantal yang telah lama jadi pujaan hati. Kau ndak tau bantal Kakak lagi wangi...siap ada sachet lavender lagi. Untuk tidur yang tenang alkisah tujuan tu bantal dibuat. Apa jaklah kan. Janji si Debab ni ndak menyibuk mau share bantal bagai; tidur aku insya Allah memang aman damai. 
Tapi keriangan dia ndak lama sebab since last night...si kecil ni guna kuasa diktator 'aku bungsu jadi kau yang lebih besar a.k.a tua mestilah kena mengalah'. Being penyayang that he is...terpaksarela dia berkongsi. Bertambah sadis bila dapat adik yang sungguh ndak sedar diri, dicampak si Debab pigi tepi. Sama jak kes aku share bantal sama Kakak; gitu kali dalam hati dia ni kan. At least kalau muka kau kena tindih, Kakak angkat slowly; penuh kasih sayang. Dapat si Chompok ni, haru biru. Perut bah diterkam terus. 

Padahal kalau datang perangai bulldozer si Cheeloh...1 tangan jak dia tindih perut si Kecil @ Chompok. Terus menggelupur ah. Keluar meow paling minta belas kasihan. 

Anak...anak. Despite how stress life could be, balik rumah & nampak diorang terus hilang seteghes. Biarlah tengah malam or pagi buta diorang main police & thieves atas katil...aku jadi fortress, jadi tiang gol...sometimes aku dipijak macam ndak wujud jak atas katil tu.

Aku rela. Aku redha. Having them as part of my life is blissfulness. It's something beyond words to explain. Alhamdulillah for this opportunity Ya Rabb!

eryantierdabdulkarim

4 comments:

isabelle frankly said...

aku x dpt bygkan tido di sisi kucing2. sebab aku takut kucing.hehehe

Unknown said...

Punya gangstar paradise rupanya takut kucing eh Belle. Hihi. Aku pulak kalau sengsorang atas katil, mesti rasa pelik. Kalau diorang tidur kat sofa, seketul2 aku angkut pi bilik. Penyakit.

Anonymous said...

gengster la si chompok skrg_grungesuperbadasscute

Unknown said...

Gangster habis tapi dia kalah sama si Princess. Habis bah bulu berterbangan kalau Chomel bubut dia.